Kehidupan peribadi Reen_Rahim

Sekitar 2016, Reen sebelum ini pernah menjain hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan.[6] Pada pertengahan 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang pemuda yang menetap di Scotland, dan sudah berkenalan selama setahun.[7]

Reen memberikan respons mengenai penampilan seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: "Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian."[8] Beliau sebelum ini dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Reen memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG) kerana "malas nak layan komen yang tidak sepatutnya".[9]